PM yakin ekonomi berubah jika penjawat awam cekap

2024-05-07 79

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa peta dan landskap ekonomi negara akan berubah ke arah lebih baik sekiranya penjawat awam cekap dan pantas dalam melaksanakan tugas.

Anwar yang juga menteri kewangan menegaskan sekiranya semua penjawat awam mengamalkan amalan berkenaan dalam tugas seharian, malaysia akan menjadi perhatian dunia dari segi pelaburan.