Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memberikan geran berjumlah RM149.1 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk tujuan adaptasi teknologi industri baharu. Jelasnya, ini sekaligus menafikan dakwaan yang menyatakan pihak Kementerian hanya memberi tumpuan kepada syarikat korporat besar dan mengabaikan PKS.