Seniman boleh minta PUSPAL, FINAS senarai hitam artis luar bermasalah

2024-05-03 8,849

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) boleh mencadangkan kepada Unit Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) meminta mereka menyenarai hitam artis luar bermasalah.

Ia boleh dilakukan dengan menggantung permit bekerja mereka di negara ini melalui pas lawatan ikhtisas mereka. Walau bagaimanapun kata Presidennya, Zed Zaidi, ia perlu melalui proses seperti menunggu keputusan mahkamah jika berkaitan.

Beliau berkata demikian dalam program Interviu bertajuk "Macam-macam hal artis sekarang" di platform digital Sinar Harian.

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=LYosNIEqjQY
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/940847334353332
X: https://twitter.com/SinarOnline/status/1785974278556647709
Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/662551/video/wawancara/interviu-macam-macam-hal-artis-sekarang

#Interviu #SinarHarian #Artis #Seniman #Viral #Gosip #Hiburan