Wanita pukul warga emas di pusat jagaan akan didakwa esok

2024-04-27 774

Pengurus sebuah rumah kebajikan di Taman Desa Aman, Sungai Karangan di sini, yang ditahan bagi membantu siasatan kes pukul penghuni warga emas akan didakwa di Mahkamah Majistret Kulim esok.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, wanita berusia 36 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.