Ketua Pegawai Eksekutif MTalent Training & Consultancy, Datuk Dr. Musa Ali berkata reformasi gaji di Malaysia hanya boleh dicapai dengan membebaskan struktur buruh daripada penetapan gaji berdasarkan kelayakan akademik. Jelasnya, negara harus beralih kearah penetapan gaji berdasarkan kompetensi.