BERITA SEMASA 26 APRIL 2024
Padah membuat hantaran jelik mengenai korban nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), seorang lelaki didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Hakim Nabisha Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Saifuddin Shafik, 36, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menggunakan aplikasi X miliknya secara sedar untuk membuat hantaran yang jelik dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661469/berita/semasa/hantaran-jelik-hina-kru-tldm-terkorban-saifuddin-shafik-didenda-rm23000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #TLDM #HantaranJelik #SaifuddinShafik