Sudah-sudahlah tembak kaki sendiri' - Sany Hamzan

2024-04-23 39,679

Sudah-sudahlah tembak kaki sendiri' - Sany Hamzan

BERITA SEMASA 23 APRIL 2024

Pemimpin Kerajaan Perpaduan diingatkan agar menghentikan segera perbuatan ‘menembak kaki sendiri’ yang dianggapnya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, pada saat Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bekerja keras menstabilkan politik dan ekonomi negara, tindakan segelintir pemimpin cuba menyerang kredibiliti pemimpin dan parti-parti dalam kerajaan hakikatnya tidak memberi sebarang manfaat terhadap Kerajaan Madani.

Mengambil contoh keputusan MIC dan MCA memboikot PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB), Mohd Sany menyifatkan tindakan sebegitu merugikan semangat kerjasama BN-PH yang telah dipupuk pasca PRU15.

Jelasnya, kerusi DUN KKB telah disandang DAP sejak tiga penggal lalu dan berjaya dipertahankan pada saat PH kehilangan 22 kerusi DUN pada PRN tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660888/berita/politik/sudah-sudahlah-tembak-kaki-sendiri#google_vignette

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PakatanHarapan #PRKKualaKubuBharu

Free Traffic Exchange