BERITA SEMASA 18 APRIL 2024
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, adalah tulus dan sejati.
Perkara itu diungkapkan Ketua Umno Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang juga Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Ahmad Zahid, sewaktu menyaksikan Presiden UMNO itu menandatangani afidavit sokongan beliau pada 9 April lepas.
Dalam catatan di laman media sosialnya, Datuk Megat Zulkarnain berkata, tandatangan itu diturunkan tidak sampai 24 jam Datuk Seri Ahmad Zahid pulang daripada menunaikan umrah.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Zahid #Najib #PengampunanNajib