Sultan melalui wakil baginda boleh beri keterangan di mahkamah

2024-04-18 24,732

Sultan melalui wakil baginda boleh beri keterangan di mahkamah

BERITA SEMASA 18 APRIL 2024

Sultan boleh dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Titah Adendum tetapi secara protokolnya keterangan itu hanya diberikan oleh wakil baginda yang sah di mahkamah.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, dalam perbicaraan berkait titah pengampunan yang didakwa diperkenan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika bergelar Yang di-Pertuan Agong ke-16, wakil baginda boleh memberi keterangan bagi kes yang melibatkan urusan rasmi baginda.

Jelasnya, keterangan di mahkamah dilakukan wakil sah baginda kerana Agong, sultan atau raja merupakan ketua negara yang tidak boleh dibawa ke mahkamah seperti orang biasa kerana mencemarkan kedudukan mereka.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660073/berita/nasional/sultan-melalui-wakil-baginda-boleh-beri-keterangan-di-mahkamah

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #perbicaraannajib #titahadendum