Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya

2024-04-15 82,535

BERITA SEMASA 15 APRIL 2024

Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Isnin atas tiga pertuduhan membabitkan cubaan membunuh anggota polis serta dua lagi kesalahan trafik di Jempol pada minggu lalu.

Tertuduh Muhamad Hasrulnizam Hasim, 21, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh cuba menyebabkan kematian ke atas seorang anggota polis lelaki selepas bertindak melarikan diri dari ditahan polis dengan cara menghimpit dan cuba melanggar motosikal yang dinaiki anggota terbabit sehingga terbabas.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659585/berita/semasa/pemandu-lori-mengaku-tidak-bersalah-cubaan-bunuh-polis-pandu-berbahaya

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PemanduLori