Individu yang telah merakamkan perbuatannya merosakkan peralatan tokong di kawasan Kg Koh, Manjung, telah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah dalam kenyataan media pada Ahad berkata, pihaknya menerima satu laporan kira-kira jam 1.30 petang Sabtu, susulan penularan sebuah video yang menunjukkan perbuatan individu tersebut.