Bekas Speaker Parlimen Afrika Selatan yang baharu meletak jawatan pada Rabu, Nosiviwe Mapisa- Nqakula kerana menghadapi dakwaan rasuah dan penyelewengan dibenarkan untuk diikat jamin oleh mahkamah pada Khamis. Jenayah itu dipercayai dilakukan oleh Nqakula ketika dia menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan sebelum ini.