Perantau Kelantan disarankan guna jalan Gua Musang-Jeli

2024-04-04 48

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan menyarankan sebahagian daripada perantau agar menggunakan laluan FT04 iaitu jalan Gua Musang-Jeli.

Pengarah JKR Kelantan Mohd Suhaili Ismail berkata ia sebagai langkah penyuraian laluan trafik pada musim perayaan Aidilfitri ini, bermula Jumaat ini.