Bekas pegawai bank berdepan 80 pertuduhan

2024-03-27 62

Seorang bekas pengurus perhubungan pelanggan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 80 pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta, pemalsuan dokumen dan menipu berhubung jongkong emas milik pelanggan bernilai lebih RM6 juta, empat tahun lalu.