Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata sekatan ekonomi wajar dilaksanakan keatas negara-negara barat yang masih menyokong Israel. Jelasnya, ini bagi memastikan kepatuhan Israel kepada resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) berkaitan gencatan senjata di Palestin.