Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R

2024-03-27 5,415

Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R

BERITA SEMASA 27 MAC 2024

Polis menggesa semua pihak berhenti memainkan isu Agama, Bangsa dan Institusi Diraja (3R) kerana ia mampu menggugat keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes berkaitan 3R semakin ‘panas’, namun pihaknya tidak pernah berdiam diri melalui tindakan proaktif termasuk membuka kertas siasatan berdasarkan laporan polis dibuat.

Jelasnya, pihak polis sangat konsisten dan tidak memilih bulu dalam siasatan membabitkan isu 3R, tidak kira dilakukan ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang.

Mohd Shuhaily turut menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut bagi mengelakkan ada insiden seperti 'Kampung Medan' yang hanya memburukkan imej negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/656862/berita/semasa/polis-tidak-pilih-bulu-siasatan-kes-3r

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #isu3R #PDRM