Warisan lama dikekal, yang baharu terus didukung. Pegangan yang sebati dalam jati diri John Ang untuk menginspirasi golongan muda, menerusi matlamatnya memasyhurkan semula karya seni dahulu kala.
Malah, peluang untuk merantau benua ke benua, membina karakter serta minat dalam memartabatkan khazanah lama terutama pesona tekstil 'Alam Melayu' yang kini dijulang lebih tinggi. Cerita ini dibawakan wartawan, Nickyson Nyambar dan jurukamera Rizal Rahim.