Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia (PERPEMA) dan Profesor Adjung Universiti Cyberjaya (UOC), Datuk Satinah Syed Saleh berkata definisi keciciran pelajaran yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu lebih menyeluruh. Jelasnya, ia termasuk mengambil kira sistem pendidikan tidak formal yang dipilih oleh ibubapa termasuk persekolahan di rumah atau home schooling.