'Pulanglah Dila, mak rindu'

2024-03-20 14,372

'Pulanglah Dila, mak rindu'

BERITA SEMASA 20 MAC 2024

Biarpun sudah lima bulan hilang tanpa sebarang khabar berita, seorang ibu masih berharap anak perempuannya yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Zaiton Mamat, 51, berkata, kerinduan terhadap Nur Aini Adila Mohd Zamri, 20 atau lebih mesra digelar Dila semakin memuncak lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan dan menjelang ketibaan Syawal.

Menurut Zaiton, anak bongsu daripada lima beradik itu menghilangkan diri selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Ladang Sehat, Kuala Terengganu sejak 7 Oktober tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/655521/'Pulanglah-Dila,-mak-rindu'

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #beritasemasa #iburayuanakpulang

Free Traffic Exchange