Jabatan Agama Islam Melaka menahan lima lelaki termasuk warga emas menerusi Op Cegah Jenayah syariah mencegah perbuatan ponteng puasa sejak 1 Ramadan lalu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kesemua ditahan berusia antara 20 hingga 60 tahun dalam operasi berasingan sekitar Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.