Kementerian tetapkan KPI semua syarikat konsesi lebuh raya

2024-03-11 30

Kementerian Kerja Raya tetap melaksanakan sistem petunjuk prestasi utama (KPI) kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang menyelenggara jalan persekutuan, termasuk lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau akan mengadakan jelajah seluruh negara untuk memantau prestasi syarikat konsesi bagi memastikan penyelenggaraan dilakukan.