Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), akan membolehkan enam Ahli Parlimen mereka yang bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengosongkan kerusi masing-masing.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perlembagaan Bersatu ketika ini hanya membolehkan kepimpinan parti menggantung enam Ahli Parlimen tersebut, tanpa memberi kesan kepada kerusi Parlimen mereka.