Tempoh sebulan untuk Perkeso, KSM sediakan modul 'upskilling’ baharu –Anwar

2024-03-01 740

BERITA SEMASA 1 MAC 2024

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) diberi tempoh sebulan untuk menyediakan modul latihan ‘upskilling’ yang baharu untuk pekerja, khususnya dalam bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan teknologi yang pesat pada masa kini memerlukan jabatan itu melakukan anjakan paradigma, dan tidak lagi terikat dengan kaedah lama yang dianggap lapuk dan penuh dengan birokrasi.

Tambahnya lagi, beliau yakin Perkeso dan KSM tidak akan melihatnya sebagai satu bebanan, malah sebagai satu kesempatan luar biasa, serta kesediaan memikul amanah dan kepercayaan besar untuk membawa perubahan kepada Negara.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #Perkeso #MyFutureJob #KSM #KementerianSumberManusia