eVTOL lulus ujian penerbangan rentas lautan

2024-02-29 82

Pesawat canggih buatan China yang mampu melakukan pendaratan secara menegak selesai melakukan ujian penerbangan rentas lautan pada Khamis. Pesawat kecil yang dibangunkan syarikat perintis AutoFlight itu adalah yang pertama pernah dicipta di dunia dan bertujuan untuk mentransformasi pengangkutan awam serta dijadikan teksi udara.