Susah nak lupa arwah Abam... Hidayah malu-malu cerita ada lelaki datang nak kenal

2024-02-28 9

Selepas empat tahun pemergian suami, balu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Nor Hidayah tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga semula sekiranya dipertemukan dengan jodoh yang tepat.

Menurut Hidayah, 32, dia ada menerima kiriman mesej beberapa orang lelaki yang berhasrat untuk berkenalan dengannya.

Bagaimanapun, kata Hidayah dia tidak pernah membalas mesej tersebut kerana tidak berminat dan mahu memberikan fokus untuk membesarkan anak lelaki tunggalnya.

Free Traffic Exchange