Puteri Aishah tak mengidam pelik-pelik, cuma teringin kek tapak kuda

2024-02-27 129

MENGHITUNG hari kelahiran anak sulung, pelakon Puteri Aishah berkata dia tidak berdepan sebarang alahan teruk sepanjang kehamilan ini.

Aishah, 30, berkata pada awal kehamilan dia mudah berasa letih namun semuanya kembali normal selepas berakhirnya trimester pertama.