Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada 115.4 bilion dolar Amerika setakat 15 Februari 2024, berbanding 114.8 bilion dolar pada 31 Januari lalu.
Bank Pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.