Tujuh pemain bola sepak mengaku salah cederakan pasukan lawan

2024-02-22 3,359

Tujuh pemain bola sepak mengaku salah cederakan pasukan lawan

BERITA SEMASA 22 FEBRUARI 2024

Tujuh pemain kelab bola sepak amatur termasuk seorang penjawat awam mengaku salah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis atas dakwaan mencederakan pasukan lawan ketika perlawanan Liga Bolasepak Terengganu (TFL) pada Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Tertuduh, Ahmad Zaim Zahirulhaq Roslan, 24, Muhamad Supian Al Shaari, 29; Mohd Zulkifli Abdullah, 36; Mohd. Hazwani Ab Karim, 32; Tuan Faiz Hakimie Tuan Rosli, 29; Ahmad Najmie Adnan, 34 dan Wan Muhamad Aidid Ghazali, 22 didakwa melakukan kesalahan itu di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di Kuala Nerus jam 11 pagi pada 12 Januari lalu.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri dan Noor Mazrinie Mahmood.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650816/Tujuh-pemain-bola-sepak-mengaku-salah-cederakan-pasukan-lawan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Gaduh #BolaSepak