Tak perlu bincang, kaji Perkara 153 - Anwar

2024-02-20 1,625

Tak perlu bincang, kaji Perkara 153 - Anwar

BERITA SEMASA 20 FEBRUARI 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan kukuh mempertahankan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Malah beliau menjelaskan, kerajaan tidak perlu menyemak Perkara 153 yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dilapor menggesa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) meneliti sekiranya kedudukan istimewa bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650422/berita/nasional/tak-perlu-bincang-kaji-perkara-153---anwar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #AnwarIbrahim #Perlembagaan #Perkara153