Bapa didakwa rogol, amang seksual fizikal anak kandung

2024-02-16 12,691

Bapa didakwa rogol, amang seksual fizikal anak kandung

BERITA SEMASA 16 FEBRUARI 2024

Bapa dua anak didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka pada Jumaat atas pertuduhan merogol anak kandung, melakukan amang seksual fizikal, ugut bunuh dan melibas parang terhadap isterinya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh berusia 38 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas enam pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.

Berdasarkan dua pertuduhan, dia didakwa merogol anak perempuan berumur 15 tahun yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649896/berita/semasa/bapa-didakwa-rogol-amang-seksual-fizikal-anak-kandung


Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #rogol