Kemalangan bas pelancong di Mae Hong Son, utara Thailand pada Khamis mencederakan sekurang-kurangnya 13 individu dengan pemandunya disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital. Media tempatan TPBS melaporkan mereka yang cedera adalah pelancong dari Denmark.