Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd dan berkata sebarang keputusan komersial terserah sepenuhnya kepada pihak pengurusan syarikat penerbangan itu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu, bagi kerajaan, mereka perlu mematuhi semua proses dalam syarat peraturan iaitu dari segi permohonan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).