Kes pegawai polis sebabkan kematian pelajar disebut semula 21 Mac
BERITA SEMASA 7 FEBRUARI 2024
Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu menetapkan 21 Mac depan untuk sebutan semula kes pegawai kanan polis didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang pelajar lelaki, Disember lalu.
Majistret S Punitha menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan melanjutkan tarikh sebutan kes bagi melengkapkan beberapa dokumen yang masih belum diperoleh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/648334/berita/semasa/kes-pegawai-polis-sebabkan-kematian-pelajar-disebut-semula-21-mac
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #polislanggarpelajar #Ipoh