Pengguna tamak, culas sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA

2024-02-06 27

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber. Jelasnya, penjenayah siber menggunakan pelbagai data yang dicuri untuk memastikan setiap usaha memperdaya pengguna membuahkan hasil lumayan.