Kerajaan negeri Sabah mengambil ketetapan untuk mewajibkan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) milik negeri itu termasuk agensi kerajaan dan pelabur agar mengambil tenaga buruh daripada kalangan anak-anak miskin tegar.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, keputusan itu merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan dalam menoktahkan kemiskinan tegar di negeri berkenaan.