Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd Nordin berkata Kerajaan disaran untuk mengekalkan pelaksanaan skim pencen sedia ada kepada penjawat awam. Tambahnya penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah dengan menggalakkan penjawat awam menabung dalam Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).