Kadar faedah AS kekal, mungkin berlanjutan selepas Mac - The Fed

2024-02-01 27

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (The Fed) memutuskan untuk tidak memotong kadar faedah pada ketika ini. Keputusan itu dimaklumkan Pengerusinya, Jerome Powell dalam satu sidang media pada Rabu pasca-Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang berlangsung selama dua hari.