Syada Amzah Selesa Pindah Rumah Baharu, Tapi Kucing Pula Mati 10 Ekor

2024-01-26 2

Penyanyi, Syada Amzah akui tidak berdepan masalah untuk membiasakan diri selepas berpindah ke rumah baharu.

Menurut Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, suasana di rumah tidak berubah kerana orang-orang yang disayanginya tetap ada bersamanya.

Bagaimanapun, Syada akui suasana di rumah baharu sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kucing-kucing peliharaannya sehingga ada yang mati.
#MHnews
#MediaHiburan