Ketua Parti Demokrat Dewan Pimpinan Luar Negeri (DPLN) Malaysia dan calon legislatif Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kabupaten Bogor 3, Lukmanul Hakim berkata kempen pemilihan ahli legislatif tidak semeriah Pemilihan Presiden (Pilpres) kerana tanggapan ahli legislatif bersikap lepas tangan selepas meraih undi dan menang pasca pilihan raya. Jelasnya, budaya ini wakil rakyat turun padang seperti di Malaysia adalah suatu yang agak asing di Indonesia.