Penduduk harap penemuan fosil beri nilai tambah pembangunan kampung
BERITA SEMASA 22 JANUARI 2024
"Kampung kami hanya biasa-biasa sahaja, tetapi tak sangka ada menyimpan sejarah yang begitu berharga," lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Itu antara rekasi penduduk Kampung Changkat Tualang, Kampar susulan penemuan fosil karang purba dianggarkan berusia 300 juta tahun seperti didedahkan Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT).
Seorang penduduk, Ahmad Syahid Ibrahim, 30, berkata, penemuan itu menjadikan kampung berkenaan yang agak terpencil kerana kedudukannya jauh dari kawasan bandar mula dikenali dan menjadi sebutan ramai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645544/edisi/perak/penduduk-harap-penemuan-fosil-beri-nilai-tambah-pembangunan-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #fosil300jutatahun