Tiga lelaki dipercayai bertindak sebagai dalang kepada 'kartel perolehan' melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 juta, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.
Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Johor sekitar pukul 6 petang Khamis.