Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat kerana disyaki memberi wang rasuah berjumlah sekitar RM4,000 bagi mendapatkan projek-projek di bawah program usahawan. Perintah reman tiga hari bermula hari ini sehingga 20 Januari 2024 terhadap suspek dikeluarkan Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.