Menteri Pengangkutan Singapura letak jawatan, keluar PAP

2024-01-18 20

S. Iswaran disahkan meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan Singapura dan juga menamatkan keahlian dalam People’s Action Party (PAP).

Menerusi kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, pendakwa raya pada Khamis telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap Iswaran di mahkamah.