Orang ramai dan dan kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu gempar selepas bungkusan mencurigakan menyerupai bom dikesan pada pagi Khamis.
Ketua Polis Terengganu,Datuk Mazli Mazlan berkata pihaknya menerima laporan itu kira-kira jam 7.20 pagi tadi.
Katanya susulan itu Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit Pemusnah Bom (UPB) tiba di lokasi jam 7.45 pagi bagi menyiasat ancaman bom itu.