Kesemua 31 Menteri telah menghadiri program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa di sini selama dua hari, bermula Rabu.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Perdana Menteri berkata, program itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan mandat kepada semua anggota Kabinet, dan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam tentang hala tuju dan strategi Kerajaan bagi 2024.