HSR: firma Jepun tarik diri, peluang kepada pembida China

2024-01-12 18

Firma Jepun telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura, lapor agensi berita Kyodo News pada Khamis.

Memetik beberapa sumber Kerajaan Jepun dan Malaysia, serta syarikat swasta yang terlibat, laporan itu menyebut, penarikan diri daripada projek tersebut adalah kerana ia mempunyai risiko yang besar kerana tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.