Penganalisis Ekonomi, Politik dan Antarabangsa, Herizal Hazri berkata dunia menyaksikan Amerika Syarikat dipinggirkan oleh komuniti antarabangsa khususnya apabila melibatkan isu Palestin, yang akan memberi kesan besar kepada geopolitik global. Jelasnya, keadaan akan menjadi lebih mencemaskan memandangkan Pilihan Raya Presiden akan berlangsung pada 2024 dengan tiada calon yang meyakinkan untuk mempertahan kedudukan Amerika sebagai kuasa besar utama.