Belum ada keperluan KKM gunakan fasiliti hospital swasta rawat pesakit COVID-19 - APHM

2023-12-19 9

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Datuk Dr. Kuljit Singh berkata ketika ini tidak ada keperluan bagi Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggunakan fasiliti hospital swasta untuk merawat pesakit COVID-19. Jelasnya, kadar penggunaan kapasiti hospital bagi tujuan berkenaan masih rendah dan KKM mempunyai kapasiti yang mencukupi.