Pegawai kanan polis didakwa atas tuduhan membunuh

2023-12-18 54,397

Pegawai kanan polis didakwa atas tuduhan membunuh

BERITA MOJO 18 DISEMBER 2023

Seorang pegawai kanan polis yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima, Jumaat lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Pertuduhan ke atas Mohd Nazri Abdul Razak, berpangkat deputi superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan kejadian tragis berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari ke atas seorang pelajar, Muhammad Zaharif Affendi Muhamad Zamrie, berusia 17 tahun maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang dipandu tertuduh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/640184/berita/semasa/pelajar-maut-dilanggar-tertuduh-dikawal-ketat-polis

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo #langgarpelajarhinggamaut