ASEAN-Jepun boleh main peranan penting secara kolektif

2023-12-17 24

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata secara kolektif ASEAN dan Jepun boleh memainkan peranan yang signifikan dalam komuniti global ke arah penyelesaian yang aman dan berpanjangan bagi konflik Palestin-Israel.

Ini kerana jelasnya, semua negara anggota ASEAN dan Jepun mengundi menyokong resolusi Perhimpunan Agung PBB pada 12 Disember 2023 lalu.